Wednesday, July 2, 2014

BLOG KU USANG #30

Views
ASSALAMUALAIKUM wahai pembaca blogku :))))))
APA khabar semua ???????
SIHAT KE TIDOK ????

Aduhhhh dah lame Harra tak bukak blog. memang sangat usang dan berhabuk. . Hampir 3 bulan tak bukak ni. Harra bukan ape , terlampau banyak kerja untuk dilakukan semenjak Masuk Pra- U ( bukan PERAYU tau ) . kerja nya berganda-ganda datang sampai nak jenguk teman2 blogger pun memang tak sempat . Tapi tak ape lepas ni Harra akan jenguk Blog Harra ni . Pada yang komen dan Follow tu , Harra sangat berterima kasih . Insya Allah Kalau ada kesempatan Harra akan Follow korang ye ... :)))))

sayang korang sangat2 . . . 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Wednesday, April 23, 2014

SEMAKAN MATRIKULASI & TINGKATAN 6 2014 DIBUKA #29

Views
SEMAKAN MATRIKULASI DAN TINGKATAN 6 DENGAN RASMINYA DIBUKA .

INI LINK UNTUK  :


TAWARAN MATRIKULASI



TAWARAN TINGKATAN 6







Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Monday, April 21, 2014

KPOP BERGABUNG #28

Views
Susulan kemalangan tragis feri karam yang mengorbankan sembilan mangsa manakala 287 lagi masih hilang, beberapa program hiburan termasuk konsert, program televisyen dan pelancaran filem serta album ditangguhkan seketika sebagai tanda berkabung.
Antara yang membatalkan siaran pada minggu ini ialah M! Countdown, Music Bank dan Inkigayo. Satu lagi program hiburan dalam perancangan untuk turut serta ialah Music Core. 
Sitkom televisyen popular di saluran tvN seperti Potato Star, Comedy Big League dan SNL Korea juga dilaporkan membatalkan siaran mereka buat masa ini. 

Stesen SBS pula menggantikan program Oh My Baby dan One Night of TV Entertainment dengan siaran laporan khas selama dua jam, malah menghentikan seketika drama popular seperti Three Days.

Penyanyi seperti A Pink dan BoA mendedahkan akan menangguhkan beberapa acara yang dijadualkan bagi memberi penghormatan kepada mangsa tragedi.
KAPAL SEWOL

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

SEMAKAN TINGKATAN 6 2013/2014 #27

Views
Menerusi pemberitahuan terkini di Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka mulai 24 April 2013 pada hari Rabu
semakan tingkatan 6 tahun 2013 onlinesemakan keputusan tawaran tingkatan 6 2013/2014
Cara buat semakan tawaran tingkatan 6 online
Calon boleh membuat semakan secara atas talian melalui sistem aplikasi semakan di portal rasmi KPM di pautan (link) http://www.moe.gov.my dan aplikasi itu akan wujud di ruangan ‘E-Perkhidmatan’ dalam portal rasmi tersebut pada tarikh yang telah dinyatakan
 Jika anda mengalami masalah untuk melayari portal rasmi KPM untuk buat semakan berkaitan,anda boleh layari atau klik pada pautan (link)
Disamping itu semakan keputusan tawaran turut boleh dilakukan dengan mengunakan SMS,contoh penghantaran mesej adalah seperti berikut
Cara Semakan Tingkatan 6 Guna SMS
Semakan secara SMS dengan menaip MOE  T6  No kad pengenalan dan hantar ke 15888
Sebagai maklumat tambahan,sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran
Tahniah kami ucapkan kepada yang berjaya,jika informasi yang disampaikan ini bermanfaat,sila share kepada rakan lain dengan menggunakan ‘button laman sosial’ yang telah disediakan.Terima Kasih



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Thursday, March 27, 2014

UNITEN AMBIL UNTUNG #26

Views
Assalamualaikum ...

Salam sejahtera ...

SIAPA TAHU APA UNITEN ?????

MUNGKIN ADA YANG TAHU / ADA YANG TAK TAHU .
UNITEN NI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL ..

HARRA UNITEN NI DARI SURAT KHABAR .. HARRA NI KAN LEPASAN SPM SO TAK DE KERJA LAH KONONNYE NI PERGILAH DAFTAR UNITEN NI ... SEBAB HARRA DAFTAR TU BUKAN LAH NAK PERGI PUN UNIVERSITI NI .. LAGIPUN UNITEN NI SWASTA MESTILAH MAHALLLL KAN ,,

LEPAS DAH ISI SEMUA DETAIL PERIBADI TU HARRA KE NEXT STEPLAH .. ALANGKAH TERKEJUTNYE SEBAB HARRA RASA NI LAH UNIVERSITI YANG KENA CAS BILA APPLY . SEBELUM NI MANALAH ADE . DIE KATE NAK PROCESS SEMAKAN KENA RM30 BARU BOLEH PROCESS .. WAH2 .. SEDAP JER KAN INGAT AKU BANYAK DUIT ..
DAH GERAM SANGAT HARRA TERUS BATALKAN PEMOHONAN .

CUBALAH BAYANGKAN KALO PROSES KEMASUKAN JE DAH KENA CAS RM30 . LEPAS NI KALO DAPAT MESTILAH NAK KENA CAS YANG LAIN PULAK KAN  .. BUANG MASA AKU JER APPLY . SO KORANG X PAYAH GATAL2 LAH NAK APPLY UNITEN NI .. BOLEH MATI RASANYA BILA NAK BAYAR BALIK PINJAMAN .. HAHAHAHAH

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Friday, March 21, 2014

MASA DEPAN MASIH JAUH #25

Views
SALAM ...

ALHAMDULILLAH ... Segalanya berjalan lancar semasa mengambil result SPM semalam ..

Keputusannya sangat membanggakan diri dan keluarga tetapi biarlah Harra x menunjuk takut riak pulak nantikan :) .. yang tak berjaya tu janganlah berputus asa. Macam Harra ni walaupun result bagus tapi Harra x ambil mudah langsung sebab hidup ni banyak STEP TO STEP . Perjalanan masih lagi jauh . Banyak lagi halangan demi halangan yang kita mesti tempuhi .. Selepas ni Harra sangat bagi yang gagal teruskan perjuangan .. Dekat Malaysia ni kita bertuah sebab hidup senang . Kerajaan pasti akan membantu kita yang susah . Banyak lagi institusi yang tidak perlukan KEPANDAIAN UNTUK HIDUP tetapi perlukan KEMAHIRAN UNTUK HIDUP . Selepas ni duduk sorang2 tenangkan jiwa dan berfikir sejenak ..Gunakan lah kemahiran yang ada pada diri kita ini untuk hidup . Saya pasti setiap orang pasti ada Kelebihan yang terpendam dalam diri ...

SELAMAT BERJAYA :)

                                                                                                                                           

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Wednesday, March 19, 2014

DEBARAN KEPUTUSAN SPM 2013 #24

Views
SALAM PEMBUKA BICARA ..

Dah lama tak update about personal life ...Alhamdulillah debaran untuk ambil keputusan SPM esok (20/3/2014) semakin terasa ... Hati nie takut je bila memikirkan keputusannye .. Harra dah buat yang terbaik mase periksa dulu .. Harra harap keputusannya juga baik dan membanggakan mak ayah .. Perasaan tu bukan je gementar tapi cuak/sedih/takut/takut dan takut ( haha banyak takut daripade perasaan lain ) Inilah kakak2 dan abang2 rasa dulukan .. Ok2 harap2 keputusan Harra sangat2 puaskan hati mak ayah yang selame nie susah2 carik duit tok Harra..

AMINNNNNNNNNNN



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Monday, March 17, 2014

HANIS ZALIKHA TURUT TERPALIT #23

Views
Simpati kita pada Hanis Zalikha yang mengadu apabila ada sebahagian pengguna media sosial menghentam dan mengutuknya dengan menuduhnya merampas suami orang.
Kita terkejut juga apabila dia datang dan mengadu begitu, sejak bila pula Hanis dikaitkan dengan suami orang.
Sedangkan setahu kita, Hairul Azreen masih bujang dan mereka mula rapat pun selepas pelakon itu putus cinta dengan dramatis popular, Faralyna Idris.
Itupun apabila ditanya adakah dia dan Hairul bercinta, Hanis menjelaskan mereka hanya kawan.

Selagi lelaki dikenali belum diperkenalkan kepada ibu bapanya, bermakna istilah cinta belum wujud.
Habis tu, kenapa pula dia yang dihentam dan dikutuk? Kata Hanis, dia keliru hinggalah ada yang membetulkan kenyataan dan orang dimaksudkan adalah Hanez Suraya.
Ada pihak yang cuba memanjangkan isu membabitkan pelakon utama drama bersiri Suri itu melakukan kesilapan dan ‘tag’ pada nama dan laman sosialnya.
Saat awal membaca maki dan cercaan dibuat orang ramai membuatkan dia buntang mata dan jadi takut.

Sampai begitu sekali mereka menyelar Hanis.
HANIS ZALIKHA

Dalam hatinya, dia berasa sedih mengapa dia dimaki begitu rupa.
Kemudian apabila membaca setiap komen diberi, baru Hanis sedar orang dimaksudkan ialah Hanez Suraya.

Mereka keliru kerana nama Hanez dan Hanis ejaannya tidak jauh beza.
Malah, ada yang tidak ambil pusing untuk mengetahui siapakah orang yang dimaksudkan, sebaliknya terus menghentam.

Sabar jelah!



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Saturday, March 15, 2014

MH370: ANGKARA SIAPA? #22

Views
Najib bersama Hishammuddin, Azharuddin (kanan) dan Hamzah (kiri) pada sidang media mengenai kehilangan MH370 di Sepang, semalam.

Sah perubahan haluan MH370 disengajakan. Pencarian kini difokus di dua koridor. Loridor Utara dari sempadan Kazakhstan, Turkmenistan ke utara Thailand. Koridor selatan mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi

Sepang: Pasukan penyiasat memutuskan berdasarkan hubungan terakhir satelit dengan MH370, pesawat itu berkemungkinan berada di dua koridor iaitu utara dan selatan. 

Koridor utara merentasi sempadan Kazakhstan, Turkmenistan sehingga ke selatan Thailand, manakala koridor selatan dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rumusan itu dibuat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan rakan antarabangsanya berdasarkan komunikasi terakhir antara satelit dengan MH370.

Bagaimanapun, ia masih diperhalusi oleh penyiasat.









Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Thursday, March 6, 2014

MALAYSIA MENANG TETAPI GAGAL KE PIALA DUNIA #21

Views
SKUAD Harimau Malaya menewaskan Yaman 2-1 pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan D di Stadium Thahnon Mohamed, Al Ain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Namun Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 apabila slot pasukan ketiga terbaik keseluruhan menjadi milik Iraq yang mengalahkan China 3-1 dalam aksi Kumpulan C. 
Yaman berpeluang mendahului permainan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-9 tetapi penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Wahid Mohammed Al-Khyat.

Pemain sayap Mohd Amri Yahyah membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-16 selepas menyambar bola lantunan sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal.

Yaman hampir mengikat kedudukan pada minit ke-57 namun tandukan Mohammed Abdullah Al Sasi terkena tiang biarpun Khairul Fahmi sudah tertewas.

Bagaimanapun usaha pasukan tuan rumah akhirnya berhasil apabila Mohamed Al Sarori yang tidak dikawal melepaskan rembatan yang menggegar gawang negara.

Gol kemenangan Malaysia dijaringkan pemain gantian Ahmad Fakri Saarani yang menolak masuk sepakan percuma Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-77.

Berikutan kemenangan itu, Malaysia mengakhiri kempen kelayakan Kumpulan D di tangga ketiga dengan tujuh mata. 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Thursday, February 20, 2014

PENERIMA BRIM 3.0 TERIMA BERITA BAIK #20

Views
BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia Sudah Masuk Ke Akaun Bank Hari Ini | Agak mengejutkan apabila terdapat info yang mengatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 3.0 sudah pun dikreditkan ke akaun bank masing-masing bermula hari ini (21 Februari 2014).

br1m 3.0 sudah masuk, br1m 3.0 masuk akaun hari ini, tarik pembayaran br1m 3.0 ,gempar br1m sudha masuk, cara check br1m 3.0, br1m 2014 sudah masuk, buti pembayaran br1m 3.0

Malah ada mereka yang mengakui bahawa BR1M 3.0 sudah masuk kedalam akaun sejak 20 Februari 2014 jam 10 malam lagi.

Dibawah adalah screenshot akaun bank mengatakan bahawa pembayaran BR1M 3.0 sudah pun diterima 20 Februari 2014 lagi.

br1m 3.0 sudah masuk, br1m 3.0 masuk akaun hari ini, tarik pembayaran br1m 3.0 ,gempar br1m sudha masuk, cara check br1m 3.0, br1m 2014 sudah masuk, buti pembayaran br1m 3.0
Sumber FB
Terdahulu, BR1M 3.0 menyaksikan kenaikan bantuan antara RM50 hingga RM150 dan penerima kategori baru berbanding BR1M sebelum ini.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM650. Kategori bantuan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM450.

Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan menerima RM650 sementara kategori bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000 akan menerima RM300.

Penerima juga akan mendapat caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) dengan nilai perlindungan maksimum RM30,000.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Wednesday, January 22, 2014

CASH OUT 8SHARE KALI PERTAMA #19

Views
SALAM ..

ALHAMDULILLAH INI KALI PERTAMA HARRA CASH OUT .. HARRA JOIN DAH LAMA AKHIR BULAN OGOS 2013 DAN CASH OUT PADA 7 JANUARI 2014 . MASA TU DAH TERKUMPUL RM110. NIAT HATI MULA-MULA KONON NAK BERAZAM KUMPUL SAMPAI RM300 TAPI DAH TERGODA DENGAN DUIT TU SO HARRA CASH OUT LA DALAM RM109 . MASA NAK TUNGGU DUIT MENDARAT DALAM AKAUN TU TAK LAH LAMBAT SANGAT SEBAB HARRA CASH OUT SEBELUM 15 JANUARI SO DAPAT TEPAT PADA MASA . 2 MINGGU JE TUNGGU . OK LAH TU KAN ... 
EMEL PENGESAHAN TRANSFER TAK DAPAT LAGI TAPI DUIT DAH MASUK DULU DALAM AKUAN DAN DAH ABISS PUN HAHA LAJU TOL 8SHARE. MEMANG TERBAIKLAHH 8SHARE NI. 
JIKA KORANG BELUM DAFTAR 8SHARE JOM DAFTAR DISINI. PERCUMA JER..

NI BUKTI DUIT DAH SAMPAI RM108 SETELAH DITOLAK RM1.


Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Monday, January 20, 2014

TWITTER UNTUK DIJUAL FOLLOWER 11K #18

Views
SELAMAT MALAM .. SALAM SATU MALAYSIA.

TENGOK TAJUK YANG DI ATAS . MESTI KORANG KATE HARRA NI BUAT GEMPAK BAB NAK JUAL ACC TWITTER.. KORANG KALAU NAK TAHU SEBAB HARRA NAK JUAL KENALAH BACA SAMPAI HABISSSS..


SEBENARNYA JUAL AKAUN NI BUKANLAH PELIK.. AMALAN JUAL AKAUN NI DA LAME DA .. X CAYE??? SEARCH JEE KAT GOOGLE.. RAMAI YANG DI LUAR SANA YANG NAK FOLLOWERS BERIBU SANGGUPLAH GUNA AUTO2 NI.. SEBENARNYE YANG PAKAI AUTO NI MENIPULAHH..

SEBAB HARRA NI NAK JUAL AKAUN NI KERANE HARRA MEMANG PERLUKAN DUIT SANGAT2 . KALAU IKOTKAN HATI MEMANG TAK NAK JUAL SEBAB DEKAT SINI FOLLOWERS MEMANG ASLI/REAL PEOPLE .. SEKALI JER TWEET AYAT JIWANG PEHH BERATUR ORANG RETWEET. FOLLOWER BERATUR FOLLOW HARRA ( CONFIRM) .

KEISTIMEWAAN TWITTER HARRA :

*Sesuai untuk peniaga di luar untuk promosi produk.
*Sesuai untuk remaja yang inginkan followers yang ramai.
*Real people dari Malaysia..
*No auto follower..
*Sehari purata 50 orang follow..
*Tak payah susah follow orang. tunggu jer orang follow ANDA .
*Dan banyak lagi lah.....

TENTANG HARGA PULA .. SERIUS MEMANG BERBALOI-BALOI . DEKAT LUAR NEGARA HARGA TWITTER NI RM1500( SAYER DA SURVEY DEKAT INDONESIA N US ) TAPI DENGAN SAYA.........

BUKAN RM1500
BUKAN RM1000
BUKAN 500
TAPI ?????????????????? DM SAYE DI TWITTER NI
https://twitter.com/harraqueenii

thanz....









Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Wednesday, January 15, 2014

CARA JAGA JANTUNG ANDA #17

Views
ASSALAMUALAIKUM ... SALAM TENGAH HARI . ENTRY KALI NI TENTANG JANTUNG .. MAK HARRA ADALAH PESAKIT JANTUNG SO HARRA NAK LAH MAK HARRA SIHAT KERANA JANTUNG TU NADI KITA .. SEMESTINYA HARUS DI JAGA DENGAN TELITI KAN.
NI INFO YANG BERGUNA UNTUK PESAKIT JANTUNG .

                                                                                       GAMBAR DARI GOOGLE
1 . Gerakkan Tubuh dengan bersenam secara teratur
Bersenam sangat penting bagi jantung kerana membantu mengurangkan risiko kemunculan penyakit jantung . Selain itu , sukan juga akan membantu menjaga berat badan pada tahap yang sihat sehingga membuat jantung tetap dapat mengepam dengan berkesan .

Sukan tidak harus berat . Jalan santai , membersihkan rumah , ataupun melakukan sukan lain yang tidak sukar untuk dilakukan .

2 . Mengambil Makanan Sihat
Mengambil makanan sihat setiap hari akan menjaga jantung tetap sihat . Pilihlah makanan yang rendah kolesterol , rendah lemak , dan juga rendah garam agar kesihatan jantung tetap terjaga dengan baik .

Selain itu , tambah sayur-sayuran , buah , susu , serta biji - bijian ke dalam diet harian.Sesekali anda boleh makan sesuai keinginan , namun selebihnya anda perlu mengambil makanan yang sihat yang sesuai dengan keperluan jantung .

3 . Elakkan Tabiat Merokok
Semua orang tahu bahawa merokok merupakan kebiasaan buruk yang merugikan kesihatan anda dan orang lain .
Namun , banyak yang tidak menyedari bahawa merokok boleh berpengaruh terhadap pembuluh darah dan jantung . Jika ingin jantung tetap sihat , maka hindarilah kebiasaan merokok .

4 . Lakukan Pemeriksaan Kesihatan secara Teratur
Rutin melawat doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan merupakan perkara penting yang perlu anda lakukan .

Tekanan darah dan kadar kolesterol merupakan perkara penting yang harus dikawal secara rutin agar kadarnya tetap rendah untuk memastikan jantung tetap sihat . Lakukanlah pemeriksaan rutin agar dapat memastikan keadaan kesihatan jantung anda .

5 . Membuat Makanan Sendiri
Daripada bergantung makan di luar sepanjang masa atau membeli makanan siap saji , memasak rumah anda sendiri . Hal ini membolehkan anda untuk benar - benar mengawal apa yang masuk ke hidangan anda sehingga anda boleh memastikan anda menggunakan hanya bahan terbaik .

6 . Makanlah buah - buahan dan sayur - sayuran
Makanlah buah - buahan dan sayur - sayuran yang banyak mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan jantung anda seperti bayam , buah avokado serta kacang - kacangan serta kurangkan makanan yang mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi .

7 . Mengurangkan Minum Alkohol
Anda sebaiknya mengurangkan atau bahkan tidak minum - minuman yang mengandungi alkohol . Ini kerana minuman beralkohol mampu merosakkan otot jantung anda .

8 . Makanlah Kacang - kacangan Sihat
Gantilah cemilan anda dengan memakan kacang yang semula jadi dan menyihatkan . Kacang almond , walnut , dan kacang - kacangan lain telah terbukti dapat menurunkan kolesterol LDL ( kolesterol jahat ) dalam aliran darah .

Kacang mengandungi kalori yang tinggi , jadi jangan berlebihan dalam mengonsumsinya.Cukup mengambil sedikit kacang dalam sehari dapat membantu melindungi jantung dengan lemak yang sihat .

9 . Minumlah Teh Hijau Tanpa Gula , Tinggalkan Minuman Bersoda
Seduhlah sendiri teh hijau dan bawa ke mana-mana anda pergi , baik itu ke pejabat atau sekadar berkunjung ke taman.Teh hijau mengandungi antioksidan yang baik bagi kesihatan jantung dengan cara menghalang kerosakan pembuluh darah .
Minum dua cawan teh hijau tanpa gula sehari telah terbukti mempunyai manfaat untuk melindungi kesihatan jantung .

10 . Tidur Malam Berkualiti
Kajian telah menunjukkan bahawa kurang tidur pada malam hari boleh menyebabkan kerosakan jantung . Kesibukan kerja boleh membuat jumlah jam tidur di malam hari berkurang.Kurang tidur menyebabkan anda mempunyai risiko dua kali ganda terkena serangan jantung . Tidurlah selama 8 jam penuh , beberapa orang mungkin perlu lebih dari 8 jam .

Tidur adalah saat di mana badan memulihkan dirinya sendiri . Jika susah tidur , cubalah lakukan latihan pernafasan sebelum mematikan lampu . Orang yang mendapatkan tidur cukup berat badannya lebih terkawal dan mempunyai kesihatan yang lebih baik .

Demikian 10 Tips Menjaga Kesihatan Jantung Anda Segera praktikkan aga jantung anda dapat berfungsi dengan baik . thanks :)

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Wednesday, January 1, 2014

HANDPHONE GIVEAWAY BY SYUHADA1981.COM

Views
                                                           
                                                                               KLIK SINI UNTUK JOIN
                                             

Salam sejahtera..

Sempena dengan tahun baru 2014 ini, dengan rasminya hari ini saya ingin melancarkan giveaway yang pertama iaitu Handphone Giveaway by Syuhada1981.com  yang akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 1hb Januari - 31hb Januari 2014.


Senarai Hadiah

Top Referral

Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu)  + RM 50.00 x 4 pemenang
  
                                



                                


                                

Random

Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang
Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entri yang bertajuk Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

2. Copy banner diatas dan linkkan semula ke entri ini.

3. Like Fanpage Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

4. Follow Blog Syuhada1981.com (boleh klik di sidebar)

5. Follow Google SyuhadaBaharudin (boleh klik di sidebar)

6. Follow Twitter @JustSyuhada (jika ada)









Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial