Simpati kita pada Hanis Zalikha yang mengadu apabila ada sebahagian pengguna media sosial menghentam dan mengutuknya dengan menuduhnya merampas suami orang.
Kita terkejut juga apabila dia datang dan mengadu begitu, sejak bila pula Hanis dikaitkan dengan suami orang.
Sedangkan setahu kita, Hairul Azreen masih bujang dan mereka mula rapat pun selepas pelakon itu putus cinta dengan dramatis popular, Faralyna Idris.
Itupun apabila ditanya adakah dia dan Hairul bercinta, Hanis menjelaskan mereka hanya kawan.
Selagi lelaki dikenali belum diperkenalkan kepada ibu bapanya, bermakna istilah cinta belum wujud.
Selagi lelaki dikenali belum diperkenalkan kepada ibu bapanya, bermakna istilah cinta belum wujud.
Habis tu, kenapa pula dia yang dihentam dan dikutuk? Kata Hanis, dia keliru hinggalah ada yang membetulkan kenyataan dan orang dimaksudkan adalah Hanez Suraya.
Ada pihak yang cuba memanjangkan isu membabitkan pelakon utama drama bersiri Suri itu melakukan kesilapan dan ‘tag’ pada nama dan laman sosialnya.
Saat awal membaca maki dan cercaan dibuat orang ramai membuatkan dia buntang mata dan jadi takut.
Sampai begitu sekali mereka menyelar Hanis.
HANIS ZALIKHA
Dalam hatinya, dia berasa sedih mengapa dia dimaki begitu rupa.
Kemudian apabila membaca setiap komen diberi, baru Hanis sedar orang dimaksudkan ialah Hanez Suraya.
Mereka keliru kerana nama Hanez dan Hanis ejaannya tidak jauh beza.
Mereka keliru kerana nama Hanez dan Hanis ejaannya tidak jauh beza.
Malah, ada yang tidak ambil pusing untuk mengetahui siapakah orang yang dimaksudkan, sebaliknya terus menghentam.
Sabar jelah!
Sabar jelah!
salah org lah tu..
ReplyDelete