Wednesday, March 19, 2014

DEBARAN KEPUTUSAN SPM 2013 #24

Views
SALAM PEMBUKA BICARA ..

Dah lama tak update about personal life ...Alhamdulillah debaran untuk ambil keputusan SPM esok (20/3/2014) semakin terasa ... Hati nie takut je bila memikirkan keputusannye .. Harra dah buat yang terbaik mase periksa dulu .. Harra harap keputusannya juga baik dan membanggakan mak ayah .. Perasaan tu bukan je gementar tapi cuak/sedih/takut/takut dan takut ( haha banyak takut daripade perasaan lain ) Inilah kakak2 dan abang2 rasa dulukan .. Ok2 harap2 keputusan Harra sangat2 puaskan hati mak ayah yang selame nie susah2 carik duit tok Harra..

AMINNNNNNNNNNN



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Monday, March 17, 2014

HANIS ZALIKHA TURUT TERPALIT #23

Views
Simpati kita pada Hanis Zalikha yang mengadu apabila ada sebahagian pengguna media sosial menghentam dan mengutuknya dengan menuduhnya merampas suami orang.
Kita terkejut juga apabila dia datang dan mengadu begitu, sejak bila pula Hanis dikaitkan dengan suami orang.
Sedangkan setahu kita, Hairul Azreen masih bujang dan mereka mula rapat pun selepas pelakon itu putus cinta dengan dramatis popular, Faralyna Idris.
Itupun apabila ditanya adakah dia dan Hairul bercinta, Hanis menjelaskan mereka hanya kawan.

Selagi lelaki dikenali belum diperkenalkan kepada ibu bapanya, bermakna istilah cinta belum wujud.
Habis tu, kenapa pula dia yang dihentam dan dikutuk? Kata Hanis, dia keliru hinggalah ada yang membetulkan kenyataan dan orang dimaksudkan adalah Hanez Suraya.
Ada pihak yang cuba memanjangkan isu membabitkan pelakon utama drama bersiri Suri itu melakukan kesilapan dan ‘tag’ pada nama dan laman sosialnya.
Saat awal membaca maki dan cercaan dibuat orang ramai membuatkan dia buntang mata dan jadi takut.

Sampai begitu sekali mereka menyelar Hanis.
HANIS ZALIKHA

Dalam hatinya, dia berasa sedih mengapa dia dimaki begitu rupa.
Kemudian apabila membaca setiap komen diberi, baru Hanis sedar orang dimaksudkan ialah Hanez Suraya.

Mereka keliru kerana nama Hanez dan Hanis ejaannya tidak jauh beza.
Malah, ada yang tidak ambil pusing untuk mengetahui siapakah orang yang dimaksudkan, sebaliknya terus menghentam.

Sabar jelah!



Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Saturday, March 15, 2014

MH370: ANGKARA SIAPA? #22

Views
Najib bersama Hishammuddin, Azharuddin (kanan) dan Hamzah (kiri) pada sidang media mengenai kehilangan MH370 di Sepang, semalam.

Sah perubahan haluan MH370 disengajakan. Pencarian kini difokus di dua koridor. Loridor Utara dari sempadan Kazakhstan, Turkmenistan ke utara Thailand. Koridor selatan mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi

Sepang: Pasukan penyiasat memutuskan berdasarkan hubungan terakhir satelit dengan MH370, pesawat itu berkemungkinan berada di dua koridor iaitu utara dan selatan. 

Koridor utara merentasi sempadan Kazakhstan, Turkmenistan sehingga ke selatan Thailand, manakala koridor selatan dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rumusan itu dibuat oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan rakan antarabangsanya berdasarkan komunikasi terakhir antara satelit dengan MH370.

Bagaimanapun, ia masih diperhalusi oleh penyiasat.









Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Thursday, March 6, 2014

MALAYSIA MENANG TETAPI GAGAL KE PIALA DUNIA #21

Views
SKUAD Harimau Malaya menewaskan Yaman 2-1 pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan D di Stadium Thahnon Mohamed, Al Ain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Namun Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 apabila slot pasukan ketiga terbaik keseluruhan menjadi milik Iraq yang mengalahkan China 3-1 dalam aksi Kumpulan C. 
Yaman berpeluang mendahului permainan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-9 tetapi penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Wahid Mohammed Al-Khyat.

Pemain sayap Mohd Amri Yahyah membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-16 selepas menyambar bola lantunan sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal.

Yaman hampir mengikat kedudukan pada minit ke-57 namun tandukan Mohammed Abdullah Al Sasi terkena tiang biarpun Khairul Fahmi sudah tertewas.

Bagaimanapun usaha pasukan tuan rumah akhirnya berhasil apabila Mohamed Al Sarori yang tidak dikawal melepaskan rembatan yang menggegar gawang negara.

Gol kemenangan Malaysia dijaringkan pemain gantian Ahmad Fakri Saarani yang menolak masuk sepakan percuma Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-77.

Berikutan kemenangan itu, Malaysia mengakhiri kempen kelayakan Kumpulan D di tangga ketiga dengan tujuh mata. 

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

Thursday, February 20, 2014

PENERIMA BRIM 3.0 TERIMA BERITA BAIK #20

Views
BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia Sudah Masuk Ke Akaun Bank Hari Ini | Agak mengejutkan apabila terdapat info yang mengatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 3.0 sudah pun dikreditkan ke akaun bank masing-masing bermula hari ini (21 Februari 2014).

br1m 3.0 sudah masuk, br1m 3.0 masuk akaun hari ini, tarik pembayaran br1m 3.0 ,gempar br1m sudha masuk, cara check br1m 3.0, br1m 2014 sudah masuk, buti pembayaran br1m 3.0

Malah ada mereka yang mengakui bahawa BR1M 3.0 sudah masuk kedalam akaun sejak 20 Februari 2014 jam 10 malam lagi.

Dibawah adalah screenshot akaun bank mengatakan bahawa pembayaran BR1M 3.0 sudah pun diterima 20 Februari 2014 lagi.

br1m 3.0 sudah masuk, br1m 3.0 masuk akaun hari ini, tarik pembayaran br1m 3.0 ,gempar br1m sudha masuk, cara check br1m 3.0, br1m 2014 sudah masuk, buti pembayaran br1m 3.0
Sumber FB
Terdahulu, BR1M 3.0 menyaksikan kenaikan bantuan antara RM50 hingga RM150 dan penerima kategori baru berbanding BR1M sebelum ini.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,000 akan menerima RM650. Kategori bantuan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM450.

Warga emas berumur 60 tahun ke atas akan menerima RM650 sementara kategori bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000 akan menerima RM300.

Penerima juga akan mendapat caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) dengan nilai perlindungan maksimum RM30,000.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial